Selasa, 11 Jun 2013

SALAM..

kali nie kita ke Jusco Bukit Indah plak untuk mencari makan...
kebetulan beberapa minggu lepas saya pergi jumpe akak saya yang datang ke Johor untuk buat kajian kat Pulau Merambong..so, saya pom ambil kesempatan tuk jumpe ngan dye kejap...almaklumlah dah beberapa bulan xjumpe..huhuhu

jadi,.. lpas dh jumpe tu kami pom decide la nk pegi makan. tempat yang kami tuju ialah Jusco Bukit Indah.


inilah dia peta Jusco Bukit Indah

sampai jer kat Jusco Bukit Indah, kami ambil keputusan tuk makan jer kat Food Court. tempatnye kt paling hujung sebelah kiri berdekatan dengan Subway. menu yang kami pilih ialah set pari dan sotong. harganya RM 11.90..Mulanya kami ingat nk makan jer kat ctu, tapi masa tak mengizinkan coz my sis ada meeting jam 8.00 malam. last2 kami pom tapau jer makan kt bilik.huhuhu. 


inilah set pari sotong yang kami order tu


rasa pari sotong nie boleh la tahan..ade rasa tapi agak pedas sedikit..kalau kurangkan pedas tu maybe lagi sedap kot. isinya pom sedap dan lembut.

lau sesiape yang pergi Jusco Bukit Indah tu boleh la try set pari sotong nie..hehehehehe



DISEDIAKAN OLEH:

NOR MAIZATUL AKMA BINTI ABU SEMAN

A11PP0067


WARUNG SAGA

ASSALAMUALAIKUM....

kali nie saya nak kongsikan satu lagi tempat makan yang agak menarik dengan kawan-kawan.
tempat makan ini dinamakan sebagai WARUNG SAGA..Warung Saga ni lokasinya di Jalan Mahmoodiah, Johor Bharu..Kecik je...nama pun warung kan.


inilah lokasi kasar Warung Saga
masuk jer warung nie rasa kagum...orang memang ramai tapi bukan itu yang menyebabkan saya kagum tapi di dinding warung tersebut dipenuhi dengan gambar-gambar lama, sejarah Johor serta pelakon-pelakon lama.

tengok sajalah gambar di bawah nie...huhuhu


tengoklah sendiri gambar-gambar lama yang ada di warung nie..


Berada dalam Warung Saga ni sambil menjamu selera pastinya tidak akan terasa bosan kerana gambar-gambar yang tergantung di sini memang amat menarik perhatian anda . Di sini korang akan terasa seperti di bawa kembali ke zaman silam bila menatap gambar-gambar yang ada.


warung ni menawarkan masakan berasaskan nasi ayam seperti nasi ayam sambal, nasi goreng ayam sambal, kuetiau goreng dan sebagainya lagi. Menunya tak banyak sangat... Kira specialitylah.
Warung ni jugak popular dengan tahu gorengnya. Tahu yang digoreng panas-panas dan ditaburkan diatasnya dengan timun, taugeh dan kacang tumbuk dan di makan bersama sambal kicap. Memang terangkatlah, hehehe... memang sedaplah.nampak jer terus nak makan.huhuhu


Hah, kat bawah ni gambar nasi ayam  yang saya order. nasi ayam di sini agak sedap di mana ayamnya lembut, nasinya yang sangat baik serta supnya juga sedap untuk dimakan.



Kat bawah ni pulak gambar sate ayam dan daging. Secucuk RM0.60. Sate ni memang kena dengan tekak saya. Isinya agak besar, lembut dan garing.


Erm, kalau sesape yang berkesempatan  tu, jemputlah makan di Warung Saga ni ye. Menunya memanglah tak banyak sangat. Tapi, kalau nak makan tahu goreng, di sinilah tempatnya.Ia dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat daripada jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengahmalam.



DISEDIAKAN OLEH:

NOR MAIZATUL AKMA BINTI ABU SEMAN 
A11PP0067











Assalamualaikum....

Saya ingin berkongsi satu tempat makan yang agak menarik dengan kawan2 semua.

Tempat makan ini diberi nama Restoran Selera Sambal...lokasinye terletak di Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang.

Lokasi restoran ini boleh di lihat berdasarkan peta lokasi di bawah..


Tempatnye juga selesa, luas dan servicenye pom bagus..


inilah gambar sekitar Restoran Selera Sambal


Apa yang istimewa di sini ialah terdapat pelbagai hidangan menu penyet  termasuk  bermula dengan ayam, leleh, udang, sotong, daging dan juga puyuh.


Saya hanya cuba  ayam Penyet klasik. Ayamnya sangat rangup dan mempunyai rasa yang mencukupi. Walaupun dagingnya agak kenyal tetapi saya suka kerana ianya seolah-olah ayam kampung.


Inilah set nasi ayam penyet...yum2


Alamat:
Restoran Selera Sambal
No. 25, Jalan Pengkalan 5,
Taman Pasir Mas
Kg. Pasir Putih
Pasir Gudang, Johor
GPS1.441042, 103.932096
Tel016-707 4788, 017-702 9297

Disediakan oleh:

NOR MAIZATUL AKMA BINTI ABU SEMAN
A11PP0067



Isnin, 10 Jun 2013

Special Sup

Assalamualaikum…

Bertemu kita di ruangan Jelajah Citarasa…

okeyh, pada kali ini saya akan bawa anda semua ke satu tempat. Ia agak menarik bagi saya dan kemungkinan juga bagi anda..

tempat makan yang akan saya bawakan adalah yang berkonsepkan sup.

inilah sup tu.... jangan tenguk lama2, nanti terliur plak... ;)

Apa sup yang istimewa disini??
Semestinya Special Sup, Sup Gearbox Kambing… Saya yakin, anda pasti akan tambah selepas mencuba satu mangkuk.

Taste dia lain dari yang lain, kalau nak tau macam mana taste dia, datanglah dan alaminya sendiri.
So, macam mana nak kesana??

Okeyh, ini butirannya :

WARUNG TEPIAN KALI
Parit Sikom Hulu, Pontian.
010-7094656
Waktu Operasinya : 5 petang hingga 2 pagi.


Opp, jap2… Harga macam mana pulak?? Mesti mahalkan.. Harganya market price.. tak mahal pon... Tapi mana boleh bagi tau di sini, nanti tak surprise la… tapi memang serius.. harga okey.. jangan risau.


SELAMAT MENCUBA & MENIKMATINYA (^_^)


from : Mohamad Ramzi Mohamad Asri A11PP0135

Ahad, 9 Jun 2013

WARUNG Z&E

Assalamualaikum...

kali ini saya nak berkongsi dengan anda semua tempat feveret untuk lepak-lepak kami sekeluarga..
warung ni boleh dikatakan dekat dengan taman perumahan kami kat TAMAN PASIR PUTIH..

ini antara senarai menu yang ada..
(kurang jelas gambarnya,,sorry)



menu istimewa kat sini ialah nasi ayam penyet..
perh..kalau dirasa memang berasap telinge dibuatnya..PEDASS tak terhingga...
memang terbaik la..
nasi ayam penyet ni ada dua jenis sambal..
sambal yang sangat pedas dan sambal kacang..dua-dua memang terbaik..
sedap dan marvellous gitu...

ini la nasi ayam penyet tu..menarik kan..




selain tu, makanan yang memang popular kat kedai ni ialah murtabak..murtabaknya memang menarik dan rasa sedap..saiznya pun agak besar tapi harganya masih lagi murah..

memang sedap dimakan murtabak ini lagi-lagi masa tengah panas..dengan kegaringannya..fuhhh,,best!!



warung ni berada di kawasan dalam taman perumahan...memang sekadar warung biasa tapi menu yang ada agak luar biasa rasanya..

kalau ada kesempatan marilah mencuba...

sekian, terima kasih.

disediakan oleh:

SITI FATIMAH BT ACCOB
A11PP0023

Sabtu, 8 Jun 2013

MEE UDANG GALAH

PONDOK-PONDOK CAFE


ASSALAMUALAIKUM W.B.T….
Untuk pertemuan kali ini, saya akan bawakan anda semua ke suatu tempat makan yang terletak di Taman U. kedai ini terletak di belakang kedai sukan AL-Ikhsan Factory (belakang jusco taman U)..

Nama kedai ini ialah:
PONDOK-PONDOK CAFÉ…

Menu special disini ialah MEE UDANG GALAH..bunyi pun dah rasa macam sedapkan,,hehehe…




Sebelum order, pilih dulu size udang yang anda mahukan,,harga ikut pasaran,,hehehe..nyam,nyam…


Inilah makanan yang saya cuba kat restoran ni..



MEE UDANG GALAH SPECIAL

Rasa mee udang special ni agak sedap, kuahnya agak pekat sedikit dan pedas. Kuahnya rasa seperti kuah kari ala2 mee kari gitu…udangnya agak segar dan terasa manisnya…perghh…memang sedap….harganya dalam rm 7..mmg berbaloi makan mee udang ni sbb udangnya pun agak besar..Cuma udang xboleh ambik banyak “save bajet”,,hehehe


Untuk air pula, saya order air Durian Belanda..harganya rm2.50…rasanya manis…memang sedapppp,,


 
Sekian, untuk kali ini,,

MOHD RASYIDI A11PP0142.