Rabu, 12 Jun 2013

Grilled Burger

Assalamualaikum…

Okeyh… bertemu lagi kita di ruangan ini…
Kali ini saya akan bawa anda semua ke Johor Bahru pula, iaitu berdekatan dengan Perpustakaan Sultan Ismail, Larkin.

Tahu tak pepustakaan ni kat mana?
Okeyh.. mudah ja nak bagi tau lokasinya, pustaka ni berada di Jalan Datin Halimah.
Baiklah, sebelum ni saya pernah bawa anda semua ke Pontian untuk pekena Special Sup, kali ni pula saya bawa anda semua untuk pekena makanan ala western.. Agak2 apa dia?? Mestilah tak lain tak bukan, Grilled Burger..

Apa yang ada kat sana?
Semua adik-beradik burger ada, tapi disitu hanya berasaskan bakar ja..

Apa yang Istimewanya?
Sebut pasal istimewa, mestilah Grilled Beef Burger. Daging burger tu di bakar dengan penuh kasih sayang, bermutu, dan sentiasa menjaga kebersihan. Tu yang best tu… okeyh2, dah mula melalut dah. Daging burger yang digunakan untuk bakar tu bermutu kot. Tu yang masa makan rasa urmmm tu. Sapa makan sekali pasti tak serik. 


Grilled Baby Burger

Selain dari grilled burger, foldover grilled pun ada, grilled kebab pun ada dan yang terbaru ada grilled baby burger.

Harga macam mana pulak, okeyh dak, asyik dok promote ja lebih?
Harga okeyh sangat2 kalau nak dibandingkan dengan kiosk2 yang lain. Berpatutan dan ada masa tertentu ada diskaun. Tapi kena rajin follow page FB dia la.

Apa page dia?

hurmm, menarik tu.. so tempat dia kat mana? Masa operasi? Apa servis yang ada??

JDT De’den 
(Restoran Ayam Lepas)
Bangunan Belakang Esso, Jalan Datin Halimah,
Larkin, Johor Bahru.

No. H/P : 014-980 5358

Masa operasi : 6.00 petang hingga 12.00 tengah malam

Perkhidmatan : Delivery (setakat ni dibuka hanya untuk student UTM, JB sahaja)

Jangan tak datang, datang la ya.. pasti anda akan teruja dengan grilled burger ni. J
Bye2



Oleh : Mohamad Ramzi Mohamad Asri (A11PP0135)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan