Selasa, 11 Jun 2013

Assalamualaikum....

Saya ingin berkongsi satu tempat makan yang agak menarik dengan kawan2 semua.

Tempat makan ini diberi nama Restoran Selera Sambal...lokasinye terletak di Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang.

Lokasi restoran ini boleh di lihat berdasarkan peta lokasi di bawah..


Tempatnye juga selesa, luas dan servicenye pom bagus..


inilah gambar sekitar Restoran Selera Sambal


Apa yang istimewa di sini ialah terdapat pelbagai hidangan menu penyet  termasuk  bermula dengan ayam, leleh, udang, sotong, daging dan juga puyuh.


Saya hanya cuba  ayam Penyet klasik. Ayamnya sangat rangup dan mempunyai rasa yang mencukupi. Walaupun dagingnya agak kenyal tetapi saya suka kerana ianya seolah-olah ayam kampung.


Inilah set nasi ayam penyet...yum2


Alamat:
Restoran Selera Sambal
No. 25, Jalan Pengkalan 5,
Taman Pasir Mas
Kg. Pasir Putih
Pasir Gudang, Johor
GPS1.441042, 103.932096
Tel016-707 4788, 017-702 9297

Disediakan oleh:

NOR MAIZATUL AKMA BINTI ABU SEMAN
A11PP0067



Tiada ulasan:

Catat Ulasan