Selasa, 11 Jun 2013

WARUNG SAGA

ASSALAMUALAIKUM....

kali nie saya nak kongsikan satu lagi tempat makan yang agak menarik dengan kawan-kawan.
tempat makan ini dinamakan sebagai WARUNG SAGA..Warung Saga ni lokasinya di Jalan Mahmoodiah, Johor Bharu..Kecik je...nama pun warung kan.


inilah lokasi kasar Warung Saga
masuk jer warung nie rasa kagum...orang memang ramai tapi bukan itu yang menyebabkan saya kagum tapi di dinding warung tersebut dipenuhi dengan gambar-gambar lama, sejarah Johor serta pelakon-pelakon lama.

tengok sajalah gambar di bawah nie...huhuhu


tengoklah sendiri gambar-gambar lama yang ada di warung nie..


Berada dalam Warung Saga ni sambil menjamu selera pastinya tidak akan terasa bosan kerana gambar-gambar yang tergantung di sini memang amat menarik perhatian anda . Di sini korang akan terasa seperti di bawa kembali ke zaman silam bila menatap gambar-gambar yang ada.


warung ni menawarkan masakan berasaskan nasi ayam seperti nasi ayam sambal, nasi goreng ayam sambal, kuetiau goreng dan sebagainya lagi. Menunya tak banyak sangat... Kira specialitylah.
Warung ni jugak popular dengan tahu gorengnya. Tahu yang digoreng panas-panas dan ditaburkan diatasnya dengan timun, taugeh dan kacang tumbuk dan di makan bersama sambal kicap. Memang terangkatlah, hehehe... memang sedaplah.nampak jer terus nak makan.huhuhu


Hah, kat bawah ni gambar nasi ayam  yang saya order. nasi ayam di sini agak sedap di mana ayamnya lembut, nasinya yang sangat baik serta supnya juga sedap untuk dimakan.



Kat bawah ni pulak gambar sate ayam dan daging. Secucuk RM0.60. Sate ni memang kena dengan tekak saya. Isinya agak besar, lembut dan garing.


Erm, kalau sesape yang berkesempatan  tu, jemputlah makan di Warung Saga ni ye. Menunya memanglah tak banyak sangat. Tapi, kalau nak makan tahu goreng, di sinilah tempatnya.Ia dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat daripada jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengahmalam.



DISEDIAKAN OLEH:

NOR MAIZATUL AKMA BINTI ABU SEMAN 
A11PP0067











1 ulasan:

  1. Hi Le'Papillon...menarik blog ni dan konsep pun sama macam blog saya...cakap pasal makan je....bagus!
    Saya baru je upload pics masa makan kat warung ni. So kalu senang2 tu singgah la yer blog saya di www.blogmakanbest.blogspot.com . Topik 100% pasal makan, makan dan makan tak de citer lain hehe....Kalu minat sila la follow blog saya...TQ bebanyak

    BalasPadam