Rabu, 12 Jun 2013

Puyuh Golek Kak Mah

Assalamualaikum ya akhi ya akhwat…

Ini kali saya akan bawa teman2 semua ke area Machap pulak.. Machap ni bagi yang tak bapa tau kat mana letaknya, ia berdekatan dengan Ayer Hitam, Batu Pahat dah.

Kali ni saya akan bawa teman2 untuk rasa makanan yang tidak asing lagi terutamanya bagi penduduk setempat. Ye ke? Hmm, mgkin bagi penduduk sekitarnya dan bagi mereka yang inginkan kelainan dalam citarasa..

Apa dia?
Apa lagi kalau bukan Puyuh Golek Kak Mah. Puyuh golek ni memang femes sehinggakan editor Harian Metro bahagian agro pon terliur dengan puyuh golek ni..

Apa yang best sangat dengan puyuh ni?
Okeyh, puyuh ni memang best sangat-sangat, kerna ia diperapkan dengan rempah asli gabungan orang Johor dan Thailand.
Ooo.. patut la sampai leh masuk lam surat khaba… macam tu rupanya.. terbaiklah.

Harga pulak macam mana?
Sekor RM4, memang berbaloi pon… bukan senang nak dapatkan puyuh bakor yang harga macam ni, lepas tu perap pulak dengan rempah ratus gabungan.




Rasa macam mana?
Dah perap dengan rempah ratus gabungan, mestilah sedap tak terhingga. Makan sekor nak lagi sekor.


Lokasinya kat mana?
Lokasinya di bahu jalan ja.. antara bahu jalan dari Ayer Hitam ke Simpang Renggam. Tapi kena ikut jalan bawah la. Sebelah kiri dari arah Ayer Hitam.

Cadangan : bagi mereka nak buat makan-makan dalam kereta pon okeyh juga, maklum la kalau naik kereta, pasti boring kalau tak apa nak jamah.. jadi singgah la sini beli. Sambil mandu makan la… hehe… 

TAPI INGAT SATU PERKARA, puyuh ini amat berbahaya kerana ia terlalu sedap sehingga boleh melalaikan orang makannya disebabkan oleh keenakkannya yang tak terhingga.. J
Babai.. maaf di mohon jika ada salah dan silap.. 

Wasalam



Oleh : Mohamad Ramzi Mohamad Asri (A11PP0135)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan