Selasa, 11 Jun 2013

KERETA API KLUANG

Assalam wbt...

Halo buat viewer2 sekalian.. ha, ni entry by HAIRUL untuk kedua kalinya dan bermakna tempat makanan kedua yang akan dikongsi bersama anda2 semua.. Merujuk perkara diatas, iaitu KERETA API KLUAN aka KLUAN RAIL STATION, saya nak kongsikan apa yang hebatnya di sana... Selama ni just dengar2 dari orang je, tapi kali ni saya yang merasa sendiri...

Buat di KLUAN RAIL STATION ni pulak pasal menu killer dia adalah roti bakar!!!
saya berkesempatan ke sini atas dasar saya ni penumpang setia kepada khidmat KTMB.. haha
maklum lah, nak balik GEMAS keretapi memang mudah dapat...

tak nampak??? klik untuk tumbesaran.. keh3
Ok, berbalik pada tujuan asal entry ini ditulis.. macam mana aku boleh sampai kat sini?? biasa la, siapa yang pernah naik keretapi dari JB ke GEMAS atau KL akan tahu la.. biasanya kereta api akan stop kat stesen ni agak lama dalam kurang lebih 15 minit.. so, on that time la saya turun dan cuba menjamah sedikit atau secebis rasa nikmat yang diorang dok heboh sangat tu... Disebabkan masa 15 minit yg agak pendek, so saya hanya mampu membungkus dan tak dapatlah merasa suasana menghirup kopi 'o' dia yg top jugak tu..



Ni gambar diciplak dari GOOGLE, sebab masa beli tu tak SNAP gambar..

Now, kita cerita pasal apa yang unik sangat roti bakar kat sini.. ha, tekstur luar roti ni memang rangup.. Yang special nya roti ni dibakar dengan dapur arang, dia punya aroma memang UMMMPPHHH..
Dan apa yang best bila sejuk pon roti dia tak keras atau liat.. ROTI pon totally hand made.. Dan fasal KOPI 'O' yang dia bancuh pon memang AWESOME... kata je kopi 'o', tapi warna dia tak terlalu hitam, just dark brown gitu (dulu pernah ada isi letak gelatin babi dalam kopi ni, tapi JAKIM dah siasat memang takde, biasa la dah maju mesti ada yg nak down kan..)

GEBU kan??? ni dia punya PAU dan KAYA yang totally handmade jugak..

Nah alamat kedai ni, kalau susah2 just cari way ke stesen kereta api KLUANG then cari kat depan kaunter beli tiket tu.. MESTI jumpa...

Bukan kata alamat, name card sekali den bagi..
*ooo, ada 3 cawangan rupanya!!!

Siapa2 yang drive nah ni MAP den sertakan...

Sekian,

Yang menaip,

HAIRUL FAISZUL BIN SANURI
LePapilon Crew..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan