Sabtu, 8 Jun 2013

MUHA TOM YAM (NASI GORENG SPECIAL MUHA)


Assalamualaikum w.b.t…
Ok, malam ni saya akan bawa anda semua ke satu restoran yang jauh sedikit dari UTM, dan kedainya pun tersembunyi  kerana ianya berada di bahagian belakang sebuah bangunan, saya pun tercari2 kedainya,.. Kedai ni terletak kat dalam area Bandar Putra.. klau nak pergi kedai ni,..cari Petronas Bandar Putra yang belah dalam..Sebelum Petronas tu, belok kiri..lepaskan kedai mamak kat tepi, belok kiri lagi..terus lepaskan restoran cina..nanti nampak 1 kedai tomyam yang luas dan ada interior design kayu yang cantik...

Nama kedai ialah MUHA TOM YAM..


Tengok dari luar kedai ini pun dah macam menarik kan,,dengan hiasan dan lampu yang berwarna-warni..hiasan dalaman kedai ini sangat unik, kerana dindingnya diperbuat dari kayu dan digantungkan kepala rusa yang juga diperbuat dari kayu dah macam zaman purba,,hehehehe..

Pelbagai menu special yang terdapat disini order saja tentu dapat,,
Saya tertarik dengan satu menu ini, iaitu Nasi Goreng Muha..

Harga nasi goreng ni rm6…yang specialnye nasi goreng ni ditambah dengan fries yang rangup dan telur potong..dah macam masakan ala2 barat dh sebab ada fries.. Rasanye sama macam nasi goreng kampung, Cuma nasi goreng kampung ada ikan bilis, kalau nasi goreng Muha ini diletakkan udang untuk menggantikan ikan bilis..


 
Air yang saya minum ialah Epal Asam Boi,,harganya rm 2.50…rasanya masam-masam manis,,SEDAP……
Itu saja untuk kali ini,,semoga berjumpa dilain hari,amin..

Sekian

MOHD RASYIDI A11PP0142



Tiada ulasan:

Catat Ulasan