Sabtu, 8 Jun 2013

SATAY WARISAN WAK RADOL

SATAY WARISAN WAK RADOL


Assalamualaikum w.b.t…
Alhamdulilah, kehadrat Allah  s.w.t. dengan rahmat dan limpah kurniaNya dapat juga saya untuk membawa anda semua ke satu kedai makan yang istimewa.
Jom saya bawa anda semua ke suatu tempat makan yang sedikit jauh dari UTM.. iaitu Warung Satay Wak Radol. Warung ni terletak di Kawasan Kempas Denai lebih tepat lagi sebelah je highway Pasir Gudang berhadapan dengan Damansara Aliff. Terkenal dengan satay ayam, daging dan babat yang mengancam, warung ni juga mempunyai cawangan di Taman Kemas.




Inilah kedai yang saya katakan tu..disini semua masakan panas dan sejuk ada dijual..
Menu special yang terdapat disini selain satay ialah nasi kukus ayam berempah special Wak Radol..

kalau dilihat dari segi fizikal nasi ayam tersebut Nampak macam sama je dekat restoran2 yang lain Cuma nasi kukus ayam berempah dekat sini dihidangkan di atas daun pisang..,rasanye agak lain dari yang lain,,SEDAPPPPPPPPP!!!!!!!.harganya rm 7.00 sahaja..rasa rempah ayamnye boleh angkat ibu jari,,kuah karinya juga pekat,.yum.yum...tengok pun dah membuatkan kita terasa lapar,,hehehe

air yang saya minum adalah air sirap bandung wak radol je,,hilang haus bila pekena air ni,,ditambah dengan nasi kukus ayam berempah special Wak Radol sungguh mengeyangkan..alhamdulilah,,rezeki Allah untuk dikongsi bersama rakan2 sekalian..


OK...Sekarang kita try menu paling special kat sini plak, iaitu satay wak radol. Harga hanya rm0.50 satu cucuk



Rasa satay ni sama je dengan yang lain..isi ayamnya agak lembut,,kuah kacangnya pekat dan sedap....cukup untuk makan malam pada hari minggu,,

Itu saja dari saya..

MOHD RASYIDI   A11PP0142..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan