Rabu, 12 Jun 2013

Restoran Malay Village Johor Bahru

Hai semua !! memandangkan sekarang AA ( Aisyah Ahmad =,=) belajar di Johor Bharu, jadi AA  nak kongsi sikit tempat yg AA suke makan kat JB ni.

 

Tadaaa!! inilah dia. RESTORAN MALAY VILLAGE. Restoran ini terletak di Jalan Tasek, Johor Bahru. Senang sahaja nak pergi ke restoran ini. Nampak landmark Thistle Hotel sebelah kanan dan Menara Jam Johor Bahru sebelah kiri, straight sahaja. Sampai traffic light dan melepasi Mc Donald sebelah kiri, jalan depan sikit sampai lah Restoran Malay Village di sebelah kiri. Hmmm... Apa yang menarik dan apa yang AA suka makan di sini? Jom AA berkongsi dengan semua kenapa AA suka sangat ke sini. Oleh itu, untuk kali ini AA ingin berkongsi dengan semua apa yang AA makan. Nyum2... Belum bercerita dah rasa terliur. Hehe...





Sesuai datang ke sini apabila perut yang memang lapar sangat-sangat sebabnya masakan di sini semua sedap-sedap belaka. Bila lapar, boleh lah minta nasi putih ini. Walaupun nampak sedikit sahaja, kenyang tu sebab lauk yang dihidangkan banyak dan sedap...




Lauk pertama yang AA pilih adalah hot plate chicken black pepper. First time AA rasa lauk ini untuk kunjungan kali ini. Hmm.. Not bad. Kuahnya sedap, cukup rasa dan ayamnya juga lembut.



Tak lengkap rasanya jika lauk yang dipilih tiada sayur-sayuran. Melainkan jika orang tak makan sayur, confirm tiada sayur-sayuran di atas meja mereka. AA memang bukan penggemar sayur-sayuran tetapi pelik memang setiap kali datang sini mesti AA akan order lauk ni. Udang brokoli. Ok juga rasanya sebab AA memang suka makan brokoli.




Dan lauk terakhir yang akan AA order setiap kali datang ke sini adalah Udang Goreng Nestum. Sedap sangat-sangat ye. Memang menjadi lauk kegemaran AA setiap kali ke sini. Udangnya yang fresh, ditambah lagi dengan rasa manis nestum. Perghhh! Memang AA kutip nestum tu sampai habis tau. Hehe.....


 
Ini pula seperti yang semua sedia maklum adalah Jus Avocado atau kalau di Indonesia dipanggil Jus Alpukat. Disinilah pertama kali AA minum air ini. Sejak pertama kali AA cuba, tiap kali ke mana-mana kedai yang menjual Jus Avocado pasti akan pilih air ini. Siapa pernah cuba? Sedap kan! AA memang suka sangat-sangat dengan jus avocado ini.



Last sekali sebagai pencuci mulut, AA memilih sago gula melaka ini. Rasanya tidak berapa manis dan AA sukakannya. Gula melaka dah manis kan, tetapi mereka pandai sebatikan rasa gula melaka ini supaya tidak berapa manis. Terbaik!

Amacam? Menarik kan makanan yang AA makan ini. Jika kalian datang ke Johor, singgah lah kedai ini dan rasai sendiri kesedapan masakan di sini. Selain itu, suasana kedai ini juga sangat tenang dan romantik kerana mereka memasang lagu gamelan. Memang membuka selera siapa sahaja yang datang makan ke sini. Banyak lagi lauk-lauk yang ada di sini dan banyak lagi yang AA belum cuba. Jom ikut AA ke JB, boleh kita cuba lauk-lauk yang lain bersama-sama. Hee....

Nota : Err.. Lapar tengok gambar makanan. :( RASA MACAM NAK PERGI LAGI SEKARANG. HERHEHRHER

 HASIL NUKILAN :
NURAISYAH AHMAD A11PP0057



Tiada ulasan:

Catat Ulasan