Rabu, 12 Jun 2013

CHICKEN CHOP HUTAN BANDAR

Assalamualaikum..
kembali lagi dengan entry yang seterusnyaaaa...
kali ni saya tertarik nak kongsi satu tempat makan yang paling bez kat johor nii..
kedai ni antara yang terfemes terutama kat budak2 UTM!!
kenapa femes??
sebab makanan die murah!!!
haaa,,ni la namanya HUTAN BANDAR BISTRO...
tempat die tak jauh pon dari bandar jb..
Area TNB jalan Yahya Awal...kedai ni kat bawah cikit tau..betul2 depan sekolah...
kalau tak biasa,,mungkin tak prasan la kott..
ni gambaran kedainyaaa...


ramai kannn?? dah namanya murah..mesti la ramai pengunjungnyaa...
antara hidangan yang paling femes kat sini ialah CHICKEN CHOP nyaaa...
sedappp n murahh.. RM5 je spinggan..tapi kalau makannnn...
fuhh kenyang sampai tersandar kat kerusi..hehe..
ni gambar chicken chop tuu...


tengok gambar pon da boleh agak kan sedappp...slurrppp..lapar pulak tetiba...
walaupun murah,,rasa die tak mendukacitakan laaa...
coslow die yang paling best..xmanis n xmasam sangat..
ayam dan fries die pon nampak tak berminyak sangat n tak overcook...
yang paling bestt..portion hidangan die laa..banyakkk...sesuai untuk diriku inii..huhu..
bila da sebut murah dan sedap...mesti ad jugak la tapinya kan...
servicenyeee...fuhhh,,,sangat2 laaaaa "no komen".. 
makan otak2 habis 1 bekas pon,,mungkin xdtg2 lagi hidangannya...almaklumlah,,bukan sebab cara menyediaknnya yang lambat tp mungkin sebab faktor orang ramai kott...

apa-apa pon,,komen saya,,makanan ni memang sangt sedap 
dan yang paling penting sangt murahhhhh...
walaupun terpaksa tunggu lama,,saya masih rasa nak g makan kat situ lagi..:))

jom kita merasai kenikmatannya bersama..


MOHD HAFIZI BIN MOHD HASSANI
A11PP0041

MURTABAK CHEESE BEST!!

Assalamualaikum dan slmat sjahtera semua..
rezeki hari nii..jalan-jalan meronda johor bharu sampai terbabas ke larkin..
tengah jalan masa makan angin ni mata tertarik pula dengan satu kedai ni..
knapa tertarik??sebab ad pekataan no 1 kot..huhu..
nama kedai die MAJID MURTABAK SPECIAL NO 1.
kalau ikut detailnya kedai ni terletak kat Jalan Kebun Teh..
(try google map,,mesti blh jumpa..hehe)
ni la kedainyeee..kalau jumpa singgah laaa...


mesti tertanya-tanyakan apa yang specialnya..
haaa...murtabak dia la yang special...murtabak cheese!!
fuhh nikmat makannya rasa makan makan pizza kat pizza hut gitu..huhu
cheese yang banyak dan bila tarik tu pon xnak putus2..
rasa die..jangan diceritalah!!
sangat sedap..intinya yang banyak.rasa inti die pun sangat sedap..
tak terlalu pedas dan rasa rempah die pun sedang2.. kuah die pun sedappp..
kalau g makan,,pasti nak g lagi lah!!
ni rupanya...


tapiiiiii...
harga dia agak boleh memokaikan dompet laaa...
RM13 satu..
walaupun mahal...tapi berbaloi laaa...sedapppppp....
kalau nak martabak biasa pon boleh j kat sini..harga die pun lagi murahhh...
kat bawah ni harga die..boleh laaaa....


tapi komen saya,,murtabak cheese ni sangat sedapppp n tak rugi kalau gi makan...
gambar2 yang saya guna ni banyak ihsan google sebenarnya..
ai tu penuh kenikmatan sangat masa makan tu sampai terlupa plak nak mensnap gambar!!haha

haaa,,jom pekena murtabak cheese..:)


MOHD HAFIZI BIN MOHD HASSANI
A11PP0041
Assalamualaikum......

nie last tempat makan ....
sedap dan mengenyangkan......
datang tau jangan x datang.....

Kacang Pool Haji
Waktu Perniagaan:  10.00am – 22.00pm
Lokasi: No. 3, Medan Selera Larkin Bomba, Susur 5, Jalan tun Abdul Razak, Johor Bahru








selain itu terdapat menu lain...antaranya....

Kacang Pool, Roti Bakar, Tauhu Bakar, Nasi Lemak



ASMIDAR BT SURIADI                  A11PP0118

Selasa, 11 Jun 2013

Mee Bandung MUAR ke TANGKAK????

Assalam wbt..

Hai follower sekalian.. heh, now kita sampai part last but not least...
eh, apa fasal pulak baru starting entry dah nak tulis last but not least..
ye la, kan dah sampai menu ke3 dan terakhir untuk dikongsikan dengan anda2 semua...
Untuk menu ketiga ni saya akan bawa anda ke UTARA JOHOR yakni dekat2 dengan MELAKA..
SO, kat mana tu??? tempatnya adalah di pekan TANGKAK..
 What?? TANGKAK!!! pekan cowboy tu... ada apa best kat situ?? (ehhh.. ada PUTERI GUNUNG LEDANG okeyhhh)

Ha, nampak PUTERI GUNUNG LEDANG tengah menari kat puncak tu!!!


Ha, now nak cerita sikit macam mana saya boleh jumpa kedai makan ni..
Hal ini adalah disebabkan saya dulu pernah berkelana di sana kurang lebih jangka masa setahun...
WHY berkalana di sana?? sebab ea den belajar dekat matrik johor (tangkak)..
So, masa budak2 dulu time outing pergi pekan tangkak, menu yang dicari adalah MEE BANDUNG MUAR..

Ha, jangan kompius, tadi TANGKAK ni MUAR pulak.. menu tu nama dia MEE BANDUNG MUAR (sebab asal usul mee bandung dari muar) tapi ianya ada di TANGKAK..

Mee Bandung RM 3.50  jer!!!


Ok, sekarang kita cerita pasal rasa.. macam kita tau mee bandung ni dah famous ke merata tempat..
tapi rasa dia tak sama macam yang original mee bandung muar ni..
Untuk mee bandung muar ni, dia punya rasa kacang dan undang kering memang jelas terasa.. pedas dia ye disulam rasa manis sedikit dan dipekat dengan pecahan telur ayam dan dicampur dengan potongan daging dan udang segar..
OMG, memang terliur la....

Ha, nak cari kedai ni senang je.. Pergi ke stesen bas tangkak.. then, cari kat barisan kedai MARA tu.. mesti jumpa..

Perhentian Bas Tangkak boleh fight TBS tau dia punya maju..
*sarcasm

Ni lah kodai ea...
Kalau tak jumpa gak, nah map pergi tangkak dari UTM Skudai.. Tapi standby duit tol lah ye.. RM 19.60 one way.. alah, ape salah spent lebih sikit untuk kepuasan dalam menjamu selera..


Sekian,

Yang Menaip,

HAIRUL FAISZUL BIN SANURI,
LePapilon Crews

KERETA API KLUANG

Assalam wbt...

Halo buat viewer2 sekalian.. ha, ni entry by HAIRUL untuk kedua kalinya dan bermakna tempat makanan kedua yang akan dikongsi bersama anda2 semua.. Merujuk perkara diatas, iaitu KERETA API KLUAN aka KLUAN RAIL STATION, saya nak kongsikan apa yang hebatnya di sana... Selama ni just dengar2 dari orang je, tapi kali ni saya yang merasa sendiri...

Buat di KLUAN RAIL STATION ni pulak pasal menu killer dia adalah roti bakar!!!
saya berkesempatan ke sini atas dasar saya ni penumpang setia kepada khidmat KTMB.. haha
maklum lah, nak balik GEMAS keretapi memang mudah dapat...

tak nampak??? klik untuk tumbesaran.. keh3
Ok, berbalik pada tujuan asal entry ini ditulis.. macam mana aku boleh sampai kat sini?? biasa la, siapa yang pernah naik keretapi dari JB ke GEMAS atau KL akan tahu la.. biasanya kereta api akan stop kat stesen ni agak lama dalam kurang lebih 15 minit.. so, on that time la saya turun dan cuba menjamah sedikit atau secebis rasa nikmat yang diorang dok heboh sangat tu... Disebabkan masa 15 minit yg agak pendek, so saya hanya mampu membungkus dan tak dapatlah merasa suasana menghirup kopi 'o' dia yg top jugak tu..



Ni gambar diciplak dari GOOGLE, sebab masa beli tu tak SNAP gambar..

Now, kita cerita pasal apa yang unik sangat roti bakar kat sini.. ha, tekstur luar roti ni memang rangup.. Yang special nya roti ni dibakar dengan dapur arang, dia punya aroma memang UMMMPPHHH..
Dan apa yang best bila sejuk pon roti dia tak keras atau liat.. ROTI pon totally hand made.. Dan fasal KOPI 'O' yang dia bancuh pon memang AWESOME... kata je kopi 'o', tapi warna dia tak terlalu hitam, just dark brown gitu (dulu pernah ada isi letak gelatin babi dalam kopi ni, tapi JAKIM dah siasat memang takde, biasa la dah maju mesti ada yg nak down kan..)

GEBU kan??? ni dia punya PAU dan KAYA yang totally handmade jugak..

Nah alamat kedai ni, kalau susah2 just cari way ke stesen kereta api KLUANG then cari kat depan kaunter beli tiket tu.. MESTI jumpa...

Bukan kata alamat, name card sekali den bagi..
*ooo, ada 3 cawangan rupanya!!!

Siapa2 yang drive nah ni MAP den sertakan...

Sekian,

Yang menaip,

HAIRUL FAISZUL BIN SANURI
LePapilon Crew..

Hj Wahid punya Ceritera....


Assalam wbt...

ha'ah.. maaf atas ketelatan menulis POST pasal makan-makan ni..ramai kawan2 dah berbuat demikian..
Now, my turn untuk menulis dan berkongsi tempat2 makan yang super duper tiptop dekat dala johor ni..

Hah, kedai first yang saya nak kongsi dengan anda semua adalah kedai haji Wahid same as our tajuk kat atas tu kan.. kat kedai haji Wahid ni ni punya killer menu seperti yang diketahui ramai adalah????


MEE REBUS..

ok now kita cerita fasal rasa dan tekstur dia pulak.. Mee Rebus berharga RM3.50 sepinggan ini diadun khas dengan keropok, tauge, telur pindang, potongan lada hijau, taburan bawang goring disulami dengan perahan limau nipis sekiranya mahu. Apa yang menyebabkannya istimewa ialah adunan mee kuning dan tauge yang disirami dengan kuah pekatan kentang.

Ha, nampak macam mana saya describe this menu?? ayat yang agak skema sebab rasa dia memang UUUMMMPPHHH!!!!
NI DIA HAJI WAHID MEE REBUS


Untuk alamat kedai ni kalau nak cari senang je, pegi Plaza Angsana di BBU, Johor Bahru...
Cari kat tempat food court dia kompom jumpa..(tapi buat masa ni food court tu tengah renovate,dia open kat bawah khemah putih depan food court asal)
Tapi 1 je ingatan saya, tabahkan hati bila singgah kedai ni sebab selalunya memang kena beratur la nak tunggu turn... beratur sejam tapi sekali shoot makan MEE REBUS ni 5 minit boleh settle.. Nah saya sertakan MAP untuk ke gerai ni, tapi map ni dari UTM la ye.. hehehe


sekian...

yang menaip,

HAIRUL FAISZUL BIN SANURI
LePapillon Crews

jom makan mee di Serambi Uda..:)

assalamualaikum...
entry kali ni mengenai mee..
buat penggemar mee macam mee chinese style tapi ragu-ragu akan kehalalannya, jangan risau,
 saya syorkan untu ke gerai makan Serambi Uda...
 
 
macam mane nak ke gerai ni? 
ni adalah peta yang saya pinjam dari pakcik google..
 


SERAMBI UDA



saya memilih untuk memesan wee wantan kering manakala rakan saya pula memilih untuk memesan mee hokkien.. 
tapi makanan yang disediakan di sini bukan terhad kepada mee sahaja, ada juga makanan seperti soto, nasi lemak, lontong dan macam-macam lagi..
 
gerai ini sangat popular bagi penggemar mee chinese style

menu yang ada untuk mee


mee wantan kering




 
bagi saya mee wantan ini mempunyai rasa yang sedap sebab kicap yang digunakan dalam mee ini sungguh sebati dengan rasanya. dicampur dengan lada sulah nya. dan sup yang dihidangkan adalah pelengkap kepada hidangan ini


mee hokkien

untuk mee hokkien pula, bagi saya rasanya sempurna. ditambah lagi dengan sambal, pergh, memang kaw..

jadi, macam mane? tertarik nak ke gerai ni? 


Makanan Wajib Order : mee wantan sup / mee wantan kering / mee hokkien
Waktu Perniagaan         : 7.00 pagi - 3.00 petang



NUR AMIRA M NASIRUDDIN
A11PP0016