Sabtu, 11 Mei 2013

Planet CurRy (Jalan Kubang Buaya, Kuantan)

As Salamualaikum W.B.T, ape kabo semua.. =)
Dalam cacatan kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua satu lagi tempat makan yang menarik. 
Lokasi tempat makan ni adalah di kuantan pahang. hah.. mana-mana orang pahang atau kalau balik kampung lalu ikut pahang tu boleh la singgah ke tempat makan ni. 
Nama kedai makan ni adalah PLANET CURRY, dan makanan yang special kat sini ialah mee kari. Ada jugak makan lain dekat kedai ni macam western food dan masakan panas, tapi dekat sini aku nak highlight kan tang mee kari jer.

 
Waktu operasi kedai makan bermula daripada pukul 6 petang dan sampai ke 12 tengah malam. Tapi kadang-kadang kalau makanan dah habis, waktu operasi pun akan habis cepat. Kedai ni jugak ada hari yang mana mereka tidak akan beroperasi iaitu pada hari khamis, jadi klu dah tahu hari khamis jangan mengada-ngada nak pergi la, memang tak dapat la nak merasa mee kari.



Harga semangkuk mee kari dalam Rm 4.00, dan anda boleh mintak extra mee dan kuah. Yang tu harga up sikit la. =)
Sementara tunggu makanan sampai, kena la basahkan tekak dulu, air teh 'O' ais dan teh ais menjadi pilihan kami.



Terbaik la air kat sini, rasa manis dan teh dia sekata. hehehe... 


Wajah-wajah dah tak sabar nak makan mee kari.




Inilah dia rupa mee kari yang saya duk cerita dari awal cacatan tadi. Tengok cara mereka sajikan dah buat selera saya membuak-buak nak makan, maklumlah lapar la katakan, dari pagi dah ikat perut sebab nak makan dekat kedai makan ni.




Tekstur mee cantik dan kuah dia pun tidak agak pekat dan tidak agak cair, sedang-sedang. Memang kena dengan selera orang ramai, sebab tu kedai ini selalu ramai orang. 


Pihak kedai jugak menyedia chopsticks bagi sesiapa yang nak menggunakannya.


Memang sedap tak terkata, rugi pada sesiapa yang tidak berkunjung ke kedai makan planet curry ni.
Rasa kuah yang sedap dan pesas, lepas itu ada kerang tauhu goreng yang menjadikan mee kari ni lengkap dan sedap.  


Berbaloi dengan harga dan kuantiti yang disediakan, pada sesiapa yang makan banyak tu dinasihatkan supaya mintak extra mee dan kuah, baru puas hati nak menikmati mee kari ni.


komen pada tempat makan ni, saya bagi 4 bintang dari 5, =)
Pada kawan-kawan dan kenalan, silalah melawati planet kari ni jika ada kesempatan.
sekian dulu untuk cacatan saya untuk kali ni. Wasaalam.

oleh : Shaiful Bahari Taib
No. Matrik : A11PP0175

2 ulasan: