Sabtu, 18 Mei 2013

NAK SARAPAN DI MANA?

Tentu anda tercari-cari mahu sarapan di mana pada hujung minggu. Usah gusar hati, mari kita sarapan pagi di Restoran Nasi Lemak Kampung Taman Seri Pulai, Skudai. Di sini menu  istimewanya adalah Nasi Lemak Kampung, seiring dengan nama restorannya, Restoran Nasi Lemak Kampung.




Nasi lemak kampung + Ayam masak merah + Teh panas
Nasi lemak kampung + Sambal kerang + Telur rebus sambal +Kopi panas
WAAAHHHHH...... nampak sedap bukan, harga yang dikenakan adalah berpatutuan disamping lauk tambahan yang pelbagai. Ada juga menu-menu lain yang turut disediakan seperti mee dan kua tiaw goreng, mee rebus dan macam-macam lagi yang mungkin jadi pilihan sarapan pagi anda. Jadi apa tunggu lagi, moh le kete sarapan di Restoran Nasi Lemak Kampung ni...



Ini gambaran yang boleh anda jadikan guide untuk ke Restoran Nasi Lemak Kampung ataupun anda boleh datang melalui jalan Skudai-Pontian dan ambil simpang ke Taman Seri Pulai. Ia berada di deretan kedai di taman ini.
       

Apa lagi tunggu, jom lah ..

Selamat  bersarapan..



Oleh: Anuar bin Mohammed A11PP0117




Tiada ulasan:

Catat Ulasan