Sabtu, 20 April 2013

Baby Crab Tepian Tebrau

Assalamualaikum pengunjung blog skalian...
Kali ni,, saya nak kongsikan dengan semua pengunjung blog salah satu kedai makan berhampiran bandar Johor Bharu.. Nama tempat ni Restoran Tepian Tebrau. Banyak jenis hidangan masakan laut yang baleh kita dapati kat sini..


Restoran Tepian Tebrau

Menu yang mejadi pilihan saya dan popular disini ialah Baby Crab.. Makanan ni tak mengenyangkan pun..tapi sesuai dimakan sambil bersantai-santai..Rasa dia sangat rangup dan sangat sedap bila dicicah dengan sos yang disediakan..Bagi saya,, sos yang disediakan cukup rasa dari segi masin manisnye..sos ni jugak tidak terlalu pedas dan sesuai juga untuk selera kanak-kanak..Harga die RM10 spinggan..


Ni la die Baby Crab 

Kalau makan Baby Crab ni je,,memang tak mengenyangkan.. Oleh tu,, saya tertarik nak merasa Ikan Pari Bakar..Dan hidangannya sangat tidak mengecewakan..Fuhh,,memang sedap..sampai menjilat jarii..Dari segi rasa pula, bagi saya, rasa masam, manis, dan masin pada kuah ikan tersebut cukup sempurna..Isi ikan yang dihidangkan tu jugak nampak masih segar.. Harga bagi hidangan Ikan Pari Bakar ni RM15..
Harga kedua-dua hidangan ni mungkin nampak mahal tapi bagi saya, ianya agak berbaloi kerana rasanya sedap dan saiz hidangannya agak besar dan boleh berkongsi beramai-ramai..:))

Ikan Pari Bakar

Tak lengkap rasanye jika makan tanpa meneguk sedikit minuman.. Bagi pelengkap hidangan,, saya memilih Air Durian Belanda..Rasa masam manis yang sebati dalam air ni membuatkan saya rasa tak rugi untuk mencubanya lagi..

Air Durian Belanda

Kepada pengunjung blog,, saya rasa tak salah sekiranya anda memilih Restoran Tepian Tebrau sebagai salah satu lokasi untuk anda menjamu selera..Makanan yang disediakan sangat menyedapkannnn..:))

Selamat Menjamu Selera

Disediakan Oleh:
Nama: Nur Azlin Binti Ab Aziz
No.Matrik : A11PP0062

Tiada ulasan:

Catat Ulasan