Rabu, 27 Mac 2013

MEE BANDUNG MUAR

Assalamualaikum semua...

dah makan ke belum??kalau belum makan,, mari la cuba tempat makan yang ingin saya kongsikan ini..hehe..hari ini saya nak kongsikan bersama anda semua satu lagi tempat makan menarik di Johor iaitu mee bandung Muar...lokasi nye sekitar JB jugak..bkan dekat Muar yew..hehe..gerainya terletak di Kampung Melayu Majidee berdepan dengan pam minyak esso..

kat sini macam-macam jenis mee bandung yang kalian bole cuba dan rasa..antaranya ialah mee bandung udang, mee bandung seafood dan macam-macam lagi la..oleh sebab ramai pengujung yang hadir ke gerai ni..so,,faham-faham je la servisnya..


ini la kedainya..

mee bandung die memang terbaik la...portionnya agak besar sesuai dengan harganya..kali ini saya memilih mee bandung seafood..memang banyak la isi-isinya..ada udang, filamen ketam, dan yang paling sekali banyak kupang..hehehe..rasanya agak pedass tapi memang kaww la..memang kenyang makan semangkuk ni..



nampak menyelerakan kan...apa tunggu lagi,,ayuh kita cuba!!hehehe

DISEDIAKAN OLEH : SITI FATIMAH BT ACCOB
NO MATRIK : A11PP0023

Tiada ulasan:

Catat Ulasan