Ahad, 28 April 2013

- assalamualaikum -

selamat pagi cikgu!

cikgu, jom makan kat luar harini?

so kawan-kawan mana kita nak pergi harini?
okay ape kate sy bawa kawan-kawan semua pergi makan dekat satu kedai makan yang sgt fames kat danau kota, kuala lumpur.

kita jalan jauh sikit harini, kita keluar jb
post ni saje je bertujuan nak berkongsi tempat makan yang best yang pernah saya pergi.

so tempat yang kita akan makan pada tghari ni is jeng jeng jeng

mali's corner

so lokasi kedai ni is here. tempat ni berhampiran dengan festival mall dan berhadapan dgn uptown danau kota.

so ape yang special kat sini?
mestilah char koay teow die..perkhhhhhh
terbaik wokkkk..


kenapa kalau turun kl tak singgah mali ni rugi?
char koay teow die sangat sedap, rasa kuah die cukup! perfect! rs udang dia, fresh! nomnomnom. taugeh rangup! kriuk kriuk bunyi taugeh.

konsep kedai ni adalah self servis, alala KFC. cikgu beratur, order then dapat.



ramaikan? kalau ramai mestilah sedap. nomonomnomnom. selain dari char koay teow, menu lain seperti nasi lemak pun ade :) harga kita tak ingat lah cikgu, sebab selalu datang dengan family. faham faham je la ye..heheheh


so apa lagi cikgu? kalau datang ke kuala lumpur jangan lupa singgah mali's corner.



selamat menjamu selera :)

nor afiqah binti abdul khair
a11ppoo48


JOM G MEDANG

-Assalamualaikum-

apa khabar rakan-rakan? moga sihat malam ni..
so mana kita nak pergi malam ni? apa kata kita g medang(minum-minum)??
jom g medang kat restoran tungku impian. lokasinya terletak taman pulai flora, skudai.




restoran ni fames dengan jus buah die seyh...konfem terangkat punye..


ni dia jus kelapa laut. nomnomnomnomnomnom
tiap kali datang sini mesti order ni, yela sebab kat selangor tak de air kelapa laut ni..:)
sedappppppppp... kelapa die macam jelly..cuba sekali pasti nak lagi





selamat menjamu selera :)


nor afiqah binti abdul khair
a11pp0048

-Assalamualaikum-

hari ini saya akan bawa rakan-rakan ke satu tempat makan yang istimewa. JOMMMMMMMMM..

baiklah hari ni kta nak pi makan kat Taman U je.. Dekatkan? heheh.. okay kita nak p makan kat sini

Restoran Green Jade
restoran in terletak di Medan Selera Taman Universiti, Skudai (berhampiran dengan Rainbow).


inilah dia kedai nya, masuk je kedainya ada tiang ni. sebenarnya duk cari nama signboard kedai, tapi x jumpe. rupanya tersorok. So, kalau x jumpe signboard, kedai ni terletak di paling kiri medan selera. waktu operasi 12 tghari hingga 5 petang, tapi selalunya klu pukul 4 ke atas tu, dah bnyk menu yang abis.

okay jom tengok menu apa yang menarik kat kedai Green Jade ni. Macam yang dalam gambar tu, itulah menu yang ada di kedai ini. menu dia terhad TAPI berbaloi.

menu fav saya kat kedai ni ialah mee rebus dia...jyeahhhhhh...


terangkat bila makan mee rebus die.
beza mee rebus yg dekat klang, rasa udang kering dan jintan die sangat mild, tak strong mcm mee rebus yang ada di klang. bila lalu kat tekak rasa smooth aje. tu yang SEDAP!!!!!

yang special kat sini, yang menarik perhatian pelanggan ialah air minuman 


pertama sekali adalah bekas minuman, pengusaha tidak menggunakan cawan atau gelas biasa, sebaliknya menggunakan 'jar'. tapi yang pentingnya mestilah rasa air tu. saya selalu order air kegemaran saya carrot susu. rasa dia MANTAP! tidak ada rasa hampas carrot pun rasa smooth je, sejuk je lalu tekak haaaaa air macam ni lah yang kita nak, MENYEGARKAN..brrrrrrrr

servis kat kedai ni TIPTOP! cara order die lain sikit, kita kene p kaunter dan order. die x kan datang meja ke meja, kerana pekerja die x ramai. pelanggan kedai ni bertali arus, tak putus2. portion makanan ni sederhana sebab ia untuk minum petang :) tapi puas hati nikmat. dalam seminggu paling kurang mesti sekali makan kat sini

antara menu lain yang terdapat di Green Jade





selamat menjamu selera :)

nor afiqah binti abdul khair
a11pp0048

Ahad, 21 April 2013

SINGGAH SELALU UMALL


SINGGAH SELALU UMALL



Semut ditimpa pokok nyiur, 
       Nampak simple tapi terliur..... hehe Ni lah menu yang saya makan di Restoran Singgah Selalu UMall. Nasi putih ayam kunyit RM 5.50 tapi nasi putih ayam kunyit ni tanpa sup kosong tau... rasa macam nak tuang air laici tu buat kuah je... hehehe air laici ais RM 2.50 rasanya... ada 3biji laici.............. banana split RM 6.80... yummy... yummy.... hidangan ni memang sedap.. (^_^) untuk ke lokasi ini, rasanya ramai yang sudah tahu.. restoran ini terletak dalam bangunan umall di pintu masuk hadapan mall ... umall ini letaknya di Taman Pulai Utama... kalau dari Taman U, sebelum sampai Umall ni, akan jumpa Jusco dulu :)


NAMA : NOOR'AIN BINTI MAT DESA
NO MATRIK : A11PP0077

Sabtu, 20 April 2013

Baby Crab Tepian Tebrau

Assalamualaikum pengunjung blog skalian...
Kali ni,, saya nak kongsikan dengan semua pengunjung blog salah satu kedai makan berhampiran bandar Johor Bharu.. Nama tempat ni Restoran Tepian Tebrau. Banyak jenis hidangan masakan laut yang baleh kita dapati kat sini..


Restoran Tepian Tebrau

Menu yang mejadi pilihan saya dan popular disini ialah Baby Crab.. Makanan ni tak mengenyangkan pun..tapi sesuai dimakan sambil bersantai-santai..Rasa dia sangat rangup dan sangat sedap bila dicicah dengan sos yang disediakan..Bagi saya,, sos yang disediakan cukup rasa dari segi masin manisnye..sos ni jugak tidak terlalu pedas dan sesuai juga untuk selera kanak-kanak..Harga die RM10 spinggan..


Ni la die Baby Crab 

Kalau makan Baby Crab ni je,,memang tak mengenyangkan.. Oleh tu,, saya tertarik nak merasa Ikan Pari Bakar..Dan hidangannya sangat tidak mengecewakan..Fuhh,,memang sedap..sampai menjilat jarii..Dari segi rasa pula, bagi saya, rasa masam, manis, dan masin pada kuah ikan tersebut cukup sempurna..Isi ikan yang dihidangkan tu jugak nampak masih segar.. Harga bagi hidangan Ikan Pari Bakar ni RM15..
Harga kedua-dua hidangan ni mungkin nampak mahal tapi bagi saya, ianya agak berbaloi kerana rasanya sedap dan saiz hidangannya agak besar dan boleh berkongsi beramai-ramai..:))

Ikan Pari Bakar

Tak lengkap rasanye jika makan tanpa meneguk sedikit minuman.. Bagi pelengkap hidangan,, saya memilih Air Durian Belanda..Rasa masam manis yang sebati dalam air ni membuatkan saya rasa tak rugi untuk mencubanya lagi..

Air Durian Belanda

Kepada pengunjung blog,, saya rasa tak salah sekiranya anda memilih Restoran Tepian Tebrau sebagai salah satu lokasi untuk anda menjamu selera..Makanan yang disediakan sangat menyedapkannnn..:))

Selamat Menjamu Selera

Disediakan Oleh:
Nama: Nur Azlin Binti Ab Aziz
No.Matrik : A11PP0062