Ahad, 24 Februari 2013

Roti Nan Cheese Ayam Tandori

Assalamualaikum.
Untuk entry kali ni, saya telah tertarik dengan satu gerai makanan di sekitar taman universiti. Nama restaurant nye kalau tak silap, Restoren Jalal. Kedai makan ni betul-betul depan balai bomba Taman Universiti. Tempat dan susun atur yang santai sangat sesuai bagi mereka yang suka melepak bersama-sama kawan sambil menjamah sedikit makanan ringan.

Nan Cheese + Ayam Tandori

Menu yang agak popular di kedai ni ialah roti nan cheese. Roti ni lebih menyelerakan kalau dimakan bersama  ayam tandori yang telah diperap dengan rempahnye. Bagi saya harga yang dikenakan sangat berpatutan. Kalau roti nan cheese saja, harga dalam RM2.50 dan harga untuk ayam tandori pulak RM 5.50 untuk satu hidangan. Roti yang dihidangkan agak lembut dan cheesenya jugak agak banyak dan menyeluruh. 

Untuk kuahnye pula, yang warna coklat tu kuah kacang dan yang warna hijau tu pulak kalau tak salah saya, lada yang dikisar dengan air asam limau. Ikut pandangan saya, rasanya kuah hijau tu macam terlebih air limau. Ayam tandori ni pulak isinye memang sedap. Lembut cuma rempah yang digunakan untuk memerap ayam tersebut sedikit pedas.

jus epal susu

Tak sedap rasenya kalau makan tanpa dihidangkan dengan segelas air. Oleh itu, saya telah memilih jus epal susu sebagai pelengkap hidangan saya untuk petang ni. Rasa jus ni sangat sedap. Rasa epal yang masam-masam lebih banyak daripada rasa susu. Air ni kalau tak silap saya dalam sekitar Rm 2.30 segelas.


Walaupun hanya sekeping roti sahaja, kami mampu tersandar kekenyangan. Tak rugi rasanya kalau kamu memilih kedai makan ni sebagai salah satu destinasi santapan bagi mencuba makanan yang disediakan.



Disediakan oleh:
Nama : Nur Azlin Binti Ab Aziz
No. Matrik :A11PP0062

Tiada ulasan:

Catat Ulasan