Khamis, 21 Februari 2013

Embun Cafe (Asam Pedas Claypot)

As Salam, apa khabar kepada pengunjung blog sekalian. Kali ini saya ingin berkongsi dengan semua satu tempat makan yang menarik yang terletak di Taman Universiti, skudai, Johor Bahru. Dah memang nama blog ini jelajah citarasa, jadi kita jelajah ke tempat itu dan apa lagi, mencuba makanan istimewa di restaurant tersebut. Nama tempat makan ini ialah restaurant Embun, masakan yang menjadi daya tarikkan di sini adalah masakan asam pedas. Di sini terdapat bermacam jenis asam Pedas, dari ikan, daging, ayam, hinggalah ke telur. Jadi pada sesiapa yang gemar dengan masakan asam pedas ni, restaurant Embun mungkin salah satu destinasi yang perlu anda kunjungi.

 

Asam Pedas Siakap


Menu yang menjadi pilihan saya di restaurant embun ini adalah ikan siakap masak asam pedas. Harga mengikut besar ikan tersebut, yang saya pilih ini berharga dalam Rm 25.00, untuk 3 orang makan. Terdapat banyak jenis pilihan ikan dan makanan lain, di resaurant ini, jadi pengunjung boleh membuat pelbagai pilihan yang kena dengan selera dan kemampuan masing - masing. Apa yang menariknya di restorant ini, makanan dihidangkan dalam keadaan panas dan bekas untuk menyajikan masakan diperbuat dari tanah liat. Memang menawan selera setiap orang yang berkunjung ke restoran ini. 


 


Tesktur ikan serta warna kuah asam pedas ini memang cantik dan menonjolkan keaslian masakan asam pedas itu sendiri. Rasa masam, masin, dan manis lengkap sekali, di tambahkan dengan bau dan rasa daun kesum lagi membuatkan masakan asam pedas ini bergitu membangkitkan selera. Kuahnya juga tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat, dan rasa pedasnya memang terasa. Bagi yang meminati makanan pedas, anda memang harus mencuba masakan asam pedas ini.





Antara menu istimewa yang lain yang terdapat di restoran ini adalah, nasi goreng asam pedas, yang mana dihidang sekali bersama telur asam pedas. Memang menyelerakan dengan persembahan yang menarik serta rasa yang memukau. Nasi goreng yang dihidangkan berbiji dan tidak berminyak, rasanya cukup dengan masin dan pedasnya. tidak rugi jika anda datang ke restoran ini.






Tidak lengkap rasanya makan jika tidak disertakan dengan  minuman. Jadi minuman pilihan saya adalah limau ais. Harga minuman di sini sama seperti kedai makan biasa dalam sekitar Rm1.20 walaupun restoran ini kelihatan eksklusif tetapi harganya masih relevan, dan mampu untuk semua orang menikmati. Rasa limau yang sekata memang melegakan tekak selepas meminum limau ais ini.





  antara sahabat - sahabat yang menikmati makanan di restoran embun. semua berpuas hati dengan perkhidmatan serta makanan yang dimasak. 

Disediakan Oleh
Nama          : Shaiful bahari B. Taib
Num matrix : A11PP0175  

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan