assalamualaikum...
entry kali ni mengenai mee..
buat penggemar mee macam mee chinese style tapi ragu-ragu akan kehalalannya, jangan risau,
saya syorkan untu ke gerai makan Serambi Uda...
macam mane nak ke gerai ni?
ni adalah peta yang saya pinjam dari pakcik google..
![]() | |||
SERAMBI UDA |
saya memilih untuk memesan wee wantan kering manakala rakan saya pula memilih untuk memesan mee hokkien..
tapi makanan yang disediakan di sini bukan terhad kepada mee sahaja, ada juga makanan seperti soto, nasi lemak, lontong dan macam-macam lagi..
gerai ini sangat popular bagi penggemar mee chinese style
![]() |
menu yang ada untuk mee |
![]() | ||||
mee wantan kering |
bagi saya mee wantan ini mempunyai rasa
yang sedap sebab kicap yang digunakan dalam mee ini sungguh sebati
dengan rasanya. dicampur dengan lada sulah nya. dan sup yang dihidangkan
adalah pelengkap kepada hidangan ini
![]() |
mee hokkien |
untuk mee hokkien pula, bagi saya rasanya sempurna. ditambah lagi dengan sambal, pergh, memang kaw..
jadi, macam mane? tertarik nak ke gerai ni?
Makanan Wajib Order : mee wantan sup / mee wantan kering / mee hokkien
Waktu Perniagaan : 7.00 pagi - 3.00 petang
A11PP0016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan