Hai
semua !! memandangkan sekarang AA ( Aisyah Ahmad =,=) belajar di Johor Bharu,
jadi AA nak kongsi sikit tempat yg AA
suke makan kat JB ni.

Tadaaa!!
inilah dia. RESTORAN
MALAY VILLAGE. Restoran ini terletak di Jalan Tasek, Johor
Bahru. Senang sahaja nak pergi ke restoran ini. Nampak landmark Thistle Hotel
sebelah kanan dan Menara Jam Johor Bahru sebelah kiri, straight sahaja. Sampai
traffic light dan melepasi Mc Donald sebelah kiri, jalan depan sikit sampai lah
Restoran Malay Village di sebelah kiri. Hmmm... Apa yang menarik dan apa yang
AA suka makan di sini? Jom AA berkongsi dengan semua kenapa AA suka sangat ke
sini. Oleh itu, untuk kali ini AA ingin berkongsi dengan semua apa yang AA
makan. Nyum2... Belum bercerita dah rasa terliur. Hehe...
Sesuai
datang ke sini apabila perut yang memang lapar sangat-sangat sebabnya masakan
di sini semua sedap-sedap belaka. Bila lapar, boleh lah minta nasi putih ini.
Walaupun nampak sedikit sahaja, kenyang tu sebab lauk yang dihidangkan banyak
dan sedap...
Lauk
pertama yang AA pilih adalah hot plate chicken black pepper. First time AA rasa
lauk ini untuk kunjungan kali ini. Hmm.. Not bad. Kuahnya sedap, cukup rasa dan
ayamnya juga lembut.
Tak
lengkap rasanya jika lauk yang dipilih tiada sayur-sayuran. Melainkan jika
orang tak makan sayur, confirm tiada sayur-sayuran di atas meja mereka. AA
memang bukan penggemar sayur-sayuran tetapi pelik memang setiap kali datang
sini mesti AA akan order lauk ni. Udang brokoli. Ok juga rasanya sebab AA
memang suka makan brokoli.
Dan
lauk terakhir yang akan AA order setiap kali datang ke sini adalah Udang Goreng
Nestum. Sedap sangat-sangat ye. Memang menjadi lauk kegemaran AA setiap kali ke
sini. Udangnya yang fresh, ditambah lagi dengan rasa manis nestum. Perghhh!
Memang AA kutip nestum tu sampai habis tau. Hehe.....
Ini
pula seperti yang semua sedia maklum adalah Jus Avocado atau kalau di Indonesia
dipanggil Jus Alpukat. Disinilah pertama kali AA minum air ini. Sejak pertama
kali AA cuba, tiap kali ke mana-mana kedai yang menjual Jus Avocado pasti akan
pilih air ini. Siapa pernah cuba? Sedap kan! AA memang suka sangat-sangat
dengan jus avocado ini.
Last
sekali sebagai pencuci mulut, AA memilih sago gula melaka ini. Rasanya tidak
berapa manis dan AA sukakannya. Gula melaka dah manis kan, tetapi mereka pandai
sebatikan rasa gula melaka ini supaya tidak berapa manis. Terbaik!
Amacam?
Menarik kan makanan yang AA makan ini. Jika kalian datang ke Johor, singgah lah
kedai ini dan rasai sendiri kesedapan masakan di sini. Selain itu, suasana
kedai ini juga sangat tenang dan romantik kerana mereka memasang lagu gamelan.
Memang membuka selera siapa sahaja yang datang makan ke sini. Banyak lagi
lauk-lauk yang ada di sini dan banyak lagi yang AA belum cuba. Jom ikut AA ke
JB, boleh kita cuba lauk-lauk yang lain bersama-sama. Hee....
Nota
: Err.. Lapar tengok gambar makanan. :( RASA MACAM NAK PERGI LAGI SEKARANG.
HERHEHRHER
HASIL NUKILAN :
NURAISYAH
AHMAD A11PP0057